Na Trang – Dalat – Ho Chi Minh

Na Trang

Dalat

Tanah Tinggi Cameron di Vietnam.

Ho Chi Minh

Published in: on September 17, 2010 at 12:32 am  Tinggalkan Komen  

Shenzhen

Shenzhen 2010

Splendid China

Published in: on Ogos 10, 2010 at 11:24 pm  Tinggalkan Komen  

5 kali

Aku pernah buat kerja gila ekstrim menonton 5 filem di panggung wayang sehari semalam. Itu marathon filem namanya. Dalam Malaysia aku kenal beberapa orang yang punya habitat tabiat begini.

Oleh yang demikian itu, berdalilkan kes di atas, adakah menjadi masalah jika aku berlibur berkali-kali dalam masa setahun?

Selagi mana tidak mencuri atau merompak, selagi mana ongkosnya diperoleh dari sumber yang halal dan thoyyib. Bukankah?

Selepas pulang dari Jakarta April lalu dan Pulau Perhentian bulan lalu, insya Allah hujung bulan ini akan ke Shenzhen. Semuanya tidak begitu terancang dengan rapi.

Seorang sahabat aku berkursus di sana selama sebulan. Aku akan menyertai seorang sahabat terbang ke sana beberapa hari.

Dan ini bukan titik libur untuk tahun ini. Masih ada beberapa destinasi menunggu di dalam jadual.

Published in: on Julai 8, 2010 at 12:40 pm  Tinggalkan Komen  

yang di tinggalkan…

Ada orang kata aku sentimental. Aku kata balik, berikan aku definisi sentimental. Tapi, definisi selalunya datang kemudian. Ayam dan itik seekor pun tidka tahu bahawa mereka itu vertebrata atau invertebrata. Atau karnivor atau herbivor. Definisi selalunya datang kemudian.

Pertemuan dan perpisahan

Ada kata-kata bijak berbunyi, “Usah ditangisi pada perpisahan, sebaliknya tangisilah pada pertemuan”. Kerana dari pertemuan lahirnya perpisahan.

Senang diungkap, dah lalui baru merasa.

Opah

Masa opah dimasukkan ke wad icu beberapa hari, emak susah awal-awal pesan, “Bersedia untuk menerima kehilangan opah“. Aku sudah menyiapkan berbagai skrip untuk melaluinya. Ternyata ketika detik itu tiba, rasanya berganda-ganda beratnya. Rupanya menggambarkan itu hanya 1 dari 10 bahagian yang sebenar. Aku menangis di stereng kerata, ketika itu aku benar-benar sudah siap menghidupkan enjin kereta ketika adik perempuan aku memberitahu melalui sms, “Opah sudah tiada“.

Hidayat

Masa Hidayat, raka n sekerja aku bersiap-siap menguruskan badan untuk menikah, begitu juga. Dia adalah dia yang sama juga. Namun lebih separuh dari dari dirinya sudah hilang pada aku. Tiada lagi keluar makan rama-ramai bersama-sama (kerana sudah kurang satu kuaota). Dan boleh jadi tiada lagi masa menonton wayang dan berjalan di shoping mall bersama-sama.

Aku rasa bukan separuh dari kehidupan aku pergi, bahkan lebih dari itu. Padahal dia hanyalah seorang rakan pejabat yang kebetulan duduk satu rumah yang sama. Terasa tiba-tiba musim gugur, semua dauh memucat dan gugur meninggalkan dahan.

Rizal

Juga ketika Rizal, rakan serumah aku membuat keputusan untuk pindah ke rumah lain yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Melihatnya memasukkan baju-baju dan barangan ke dalam beg terasa seperti aku ditikam berkali-kali dengan tangan terikat.

Aku tinggalkannya sendirian mengemas, sedang aku mengambil angin di luar. Aku mahu,  biar ia pergi seberapa segera. Kerana keputusan siudah dibuat.

Bukankah menyembelih juga harus punya ihsan. Biarkan aku ‘mati’ dengan cepat dan mudah.

Dan hari ini Izham, teman serumahku yang lain mengemas-mengemas beg dan barang. Juga mahu pindah katanya.

Benarlah pertemuan itu di tangan Tuhan. Dia yang menentukan siapa yang perlu datang, siapa yang perlu pergi. Aku yakin Allah itu maha adil.

“God never shut one door without opening anohter”

Sepanjang berjuang menghadapi rasa sedih ditinggalkan, aku bertemu dengan satu mantra yang sangat mujarab untuk menghilangkan kesedihan,

“La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz-zolimin”

Inilah doa yang dibaca oleh Nabi Yunus setelah ditelan oleh ikan Yu.

Published in: on Mei 4, 2010 at 1:24 pm  Tinggalkan Komen  

Jakarta, here i come

Pertama kali aku jejak kaki ke Jakarta ialah pada tahun 2006. Ia berlaku secara tidak sengaja. Namun tentunya itu kerja Tuhan. Aku menang tiket penerbangan percuma, kerana menjawab soalan kuiz rancangan Wayang Kita.

Tahun lepas, aku pernah bercadang untuk ke Jakarta juga. Selepas sahabat aku pulang dari bisnes-trip di Pekab Baru. Tiba-tiba rindu kami membuak-buak dengan Jakarta. Manusianya yang ramai, masyarakatnya yang lebih intelek dan matang. Serta buku-bukunya yang banyak lagi murah.

Semoga Tuhan makbulkan doa aku untuk jejak kaki ke tanah seberang.

Tiket sudahpun kami beli. Aku dan 8 teman yang lain akan ke sana (sekali) lagi. Kali ini masih lagi aku gunakan khidmat pesawat KLM (Deutch Airlines). Pertama kerana lebih murah. Keduanya, ada antara peserta kami kanak-kanak dan bayi kecil. Adalah tidak munasabah untuk mereka berjalan kaki mengelilingi airport sebelum sampai ke pesawat.

Kami akan berada di sana selama 5 malam. 2 hari penuh meluangkan masa di Pesta Buku Islam Antarabangsa Jakarta. 3 hari lagi untuk aktiviti bebas. Insya Allah kami akan bertemu dengan seorang pendakwah terkenal dan kontroversi Malaysia di sana. Dan juga melawat beberapa penerbit buku. Saya cuba mendapatkan info tentang kegiatan ilmu di Jakarta. Setakat ini, baru ada majlis yang boleh kami sertai. Kedua-duanya di Jakarta.

Selaku, penyelaras projek, saya masih mencari info-info menarik untuk aktiviti di sana.

Ada cadangan?

Published in: on Februari 16, 2010 at 1:54 am  Tinggalkan Komen  

Jangan kahwin, jangan kahwin!

Seorang lelaki membawa anak-anaknya bertemu seorang wanita, calon isteri baru ayahnya, juga calon ibu baru (tiri) anak-anaknya.

Anak sulongnya berusia 6 tahun, manakala seorang lagi berusi 4 tahun. Mereka duduk satu meja dan makan. Selepas diperkenalkan dengan wanita dewasa itu, kedua-dua anak kecil ini hanya diam dan makan.

Keesokan harinya, pada waktu tengah hari anak sulungnya mengingau ketika tidur. Dia menggoyangkan kedua belah tangannya sambil menjerit, “Jangan kahwin, jangan kahwin!”.

Neneknya terngengang hairan, kemudian lama-lama baru senyum.

Published in: on November 29, 2009 at 1:59 am  Comments (1)  

Bersediakah kita kehilangan orang tersayang?

Sama ada kita bersedia atau tidak, satu hari detik denyut itu pasti akan datang dan menerjah wajah kita.

Sama ada kita ditinggalkan atas dunia sepi dan sendiri atau ditinggalkan sendiri, sepi dan gelap dalam liang lahad.

Bersedia atau tidak detik itu akan datang juga.

Maka pilihan yang tinggal ialah menyiapkan diri dengan persedian itu.

Kita akan senyum dan tenang hati andai beriman kepada hari kebangkitan. Dan disitu kita bertemu semula.

(Keadaannya masih belum stabil. Selepas 3 hari koma, semalam dia sedar semula. Kemudian jam 3 pagi selepas beberapa minit menghantar sms kepada aku, dia pengsan semula. Hingga pagi ini. Semoga Allah memelihara kamu sahabat dan saudaraku.)

Published in: on Oktober 25, 2009 at 2:10 am  Comments (1)  

Air mata bonda

Lebih 20 tahun lalu atuk pergi. Tinggalkan bonda. Dalam hening subuh sepi’e, bonda menunggang motosikal sendirian ke kampung. Sementara ayahanda mengasuh aku, kakak dan adik-adik. Tidak pula aku melihat bonda menitiskan air mata.

Kira-kira 10 tahun lalu, ayahanda koma hampir seminggu di hospital. Ayahanda nyaris maut selepas cedera ditengkorak kepala akibat terjatuh bangunan. Sambil memekap titisan darah dengan tangan yang bersarung kain, aku pangku ayahanada di riba. Bermalam-malam bodan setia menemani kekandanya di luar wad ICU. Sungguh pun sugul wajah bonda, setitis air mata pun tidak tumpah. Hanya nenda yang sering sebak.

Hinggalag mahligai tangga bonda bergegar dan diancam talak, sedemikian besar cabaran dan dugaan, bonda tetap kemas dan kejap menahan kelopak mata dari tumpah.

Namun berita yang aku terima dari adinda bernada lain. Malam itu bonda melayangkan tubuhnya di atas katil, melayani rasa gundah. Dendam puluhan tahun ibarat empang yang pecah. Bonda mencurahkan semua yang bergentur dan berguruh. Hanya kerana adindanya enggan menarik balik lafaz talak terhadap isterinya. Adindanya lelaki, justeru jiwa wanita bodan tersentuh. Mengenangkan rasa ditinggalkan.

Published in: on Oktober 21, 2009 at 2:44 pm  Tinggalkan Komen  

Dua dunia

Lelaki A baru sahaja menceraikan isterinya. Melalui sms.

Manakala wanita B meng’klaim’ dirinya sudah dijatuhi talak secara taklik, sejurus sahaja anak bulan Syawal menjelma.

Keduan-duanya bertemu mengadu-nasib.

A, lelaki mewakili spesis ayam. Dan B adalah spesis itik. Kedua-duanya mengadu dan mengeluh nasih antara satu sama lain. Dengan harapan, dek kerana situasi yang sama, mereka dapat mencari jalan selesai.

Pagi nya, isteri lelaki A datang mengadu bertemu wanita B. Tanpa mematikan enjin kereta di halaman rumah, dua wanita dari spesis itik ini meluahkan apa yang terbuku. Satu demi satu bergilir-gilir. Begitulah selalunya wanita menangani situasi mencabar. Meluahkan dan mendengar.

Namun tidak pula suami wanita B menemui lelaki A untuk berkongsi cerita. Bahkan suami wanita B, betindak mendiamkan diri. Tidak bicara soal situasinya walau pada sesiapapun. Dia hanya senyum dan berlagak tenang. Seolah-olah langit tidak mendung.

Yang kurang bukan garam, atau gula. Juga tidak wang, bukan harta atau pangkat.

yang kurang hanya ‘memahami’. Banyak situasimenjadi getir hanya kerana manusia gagal memahami antara satu sama yang lain.

Published in: on September 22, 2009 at 3:05 pm  Comments (1)  

Tumpah

Ini sebuah entri yang mengaibkan.

Hari ini air mata aku tumpah. Tumpah dengan banyak. Sementara tangan kananku mengusap bahu abah. Ada suara yang keluar dari tenggorokan aku. Antara keluar dan tidak. Aku menenangkan abah.

Dan abah juga menumpahkan titis-titis suam dari kelenjar di bawah kelopak matanya.

Aku sedar bukan mudah.

Dia sekarang bergelut perjuangkan usahanya selama 29 tahun. Dia amat sayangkan semuanya. Hanya sahaja manusia itu mewarisi fitrah Adam, yang pernah melakukan kesalahan.

Hanya pada Allah, kami anak-anak abah dan emak bergayut memohon rahmat.

Published in: on September 21, 2009 at 1:17 pm  Tinggalkan Komen  
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.