yang di tinggalkan…

Ada orang kata aku sentimental. Aku kata balik, berikan aku definisi sentimental. Tapi, definisi selalunya datang kemudian. Ayam dan itik seekor pun tidka tahu bahawa mereka itu vertebrata atau invertebrata. Atau karnivor atau herbivor. Definisi selalunya datang kemudian.

Pertemuan dan perpisahan

Ada kata-kata bijak berbunyi, “Usah ditangisi pada perpisahan, sebaliknya tangisilah pada pertemuan”. Kerana dari pertemuan lahirnya perpisahan.

Senang diungkap, dah lalui baru merasa.

Opah

Masa opah dimasukkan ke wad icu beberapa hari, emak susah awal-awal pesan, “Bersedia untuk menerima kehilangan opah“. Aku sudah menyiapkan berbagai skrip untuk melaluinya. Ternyata ketika detik itu tiba, rasanya berganda-ganda beratnya. Rupanya menggambarkan itu hanya 1 dari 10 bahagian yang sebenar. Aku menangis di stereng kerata, ketika itu aku benar-benar sudah siap menghidupkan enjin kereta ketika adik perempuan aku memberitahu melalui sms, “Opah sudah tiada“.

Hidayat

Masa Hidayat, raka n sekerja aku bersiap-siap menguruskan badan untuk menikah, begitu juga. Dia adalah dia yang sama juga. Namun lebih separuh dari dari dirinya sudah hilang pada aku. Tiada lagi keluar makan rama-ramai bersama-sama (kerana sudah kurang satu kuaota). Dan boleh jadi tiada lagi masa menonton wayang dan berjalan di shoping mall bersama-sama.

Aku rasa bukan separuh dari kehidupan aku pergi, bahkan lebih dari itu. Padahal dia hanyalah seorang rakan pejabat yang kebetulan duduk satu rumah yang sama. Terasa tiba-tiba musim gugur, semua dauh memucat dan gugur meninggalkan dahan.

Rizal

Juga ketika Rizal, rakan serumah aku membuat keputusan untuk pindah ke rumah lain yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Melihatnya memasukkan baju-baju dan barangan ke dalam beg terasa seperti aku ditikam berkali-kali dengan tangan terikat.

Aku tinggalkannya sendirian mengemas, sedang aku mengambil angin di luar. Aku mahu,  biar ia pergi seberapa segera. Kerana keputusan siudah dibuat.

Bukankah menyembelih juga harus punya ihsan. Biarkan aku ‘mati’ dengan cepat dan mudah.

Dan hari ini Izham, teman serumahku yang lain mengemas-mengemas beg dan barang. Juga mahu pindah katanya.

Benarlah pertemuan itu di tangan Tuhan. Dia yang menentukan siapa yang perlu datang, siapa yang perlu pergi. Aku yakin Allah itu maha adil.

“God never shut one door without opening anohter”

Sepanjang berjuang menghadapi rasa sedih ditinggalkan, aku bertemu dengan satu mantra yang sangat mujarab untuk menghilangkan kesedihan,

“La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz-zolimin”

Inilah doa yang dibaca oleh Nabi Yunus setelah ditelan oleh ikan Yu.

Diterbitkan dalam: on Mei 4, 2010 at 1:24 pm  Tinggalkan Komen  

URI untuk TrackBack kemasukkan ini adalah: http://mryanz.wordpress.com/2010/05/04/yang-di-tinggalkan/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.