Jakarta, here i come

Pertama kali aku jejak kaki ke Jakarta ialah pada tahun 2006. Ia berlaku secara tidak sengaja. Namun tentunya itu kerja Tuhan. Aku menang tiket penerbangan percuma, kerana menjawab soalan kuiz rancangan Wayang Kita.

Tahun lepas, aku pernah bercadang untuk ke Jakarta juga. Selepas sahabat aku pulang dari bisnes-trip di Pekab Baru. Tiba-tiba rindu kami membuak-buak dengan Jakarta. Manusianya yang ramai, masyarakatnya yang lebih intelek dan matang. Serta buku-bukunya yang banyak lagi murah.

Semoga Tuhan makbulkan doa aku untuk jejak kaki ke tanah seberang.

Tiket sudahpun kami beli. Aku dan 8 teman yang lain akan ke sana (sekali) lagi. Kali ini masih lagi aku gunakan khidmat pesawat KLM (Deutch Airlines). Pertama kerana lebih murah. Keduanya, ada antara peserta kami kanak-kanak dan bayi kecil. Adalah tidak munasabah untuk mereka berjalan kaki mengelilingi airport sebelum sampai ke pesawat.

Kami akan berada di sana selama 5 malam. 2 hari penuh meluangkan masa di Pesta Buku Islam Antarabangsa Jakarta. 3 hari lagi untuk aktiviti bebas. Insya Allah kami akan bertemu dengan seorang pendakwah terkenal dan kontroversi Malaysia di sana. Dan juga melawat beberapa penerbit buku. Saya cuba mendapatkan info tentang kegiatan ilmu di Jakarta. Setakat ini, baru ada majlis yang boleh kami sertai. Kedua-duanya di Jakarta.

Selaku, penyelaras projek, saya masih mencari info-info menarik untuk aktiviti di sana.

Ada cadangan?

Diterbitkan dalam: on Februari 16, 2010 at 1:54 am  Tinggalkan Komen  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.