Sama ada kita bersedia atau tidak, satu hari detik denyut itu pasti akan datang dan menerjah wajah kita.
Sama ada kita ditinggalkan atas dunia sepi dan sendiri atau ditinggalkan sendiri, sepi dan gelap dalam liang lahad.
Bersedia atau tidak detik itu akan datang juga.
Maka pilihan yang tinggal ialah menyiapkan diri dengan persedian itu.
Kita akan senyum dan tenang hati andai beriman kepada hari kebangkitan. Dan disitu kita bertemu semula.
(Keadaannya masih belum stabil. Selepas 3 hari koma, semalam dia sedar semula. Kemudian jam 3 pagi selepas beberapa minit menghantar sms kepada aku, dia pengsan semula. Hingga pagi ini. Semoga Allah memelihara kamu sahabat dan saudaraku.)
kita selalu hilang sesuatu bila kita dalam keadaan tak bersedia.
moga sahabat kau lekas sembuh. usaha, doa dan tawakkal. moga segalanya dipermudahkan. amin.