Aku pernah hilang macam-macam. Dan ramai juga orang lain telah hilang macam-macam. Waima sekecil nota satu ringgit atau sebesar-besar barang seperti lap top, barang kemas dan kereta.
Aku hilang lap top. Bukan sekali, sebaliknya dua kali.
Hilang motor kesayangan, sekali.
Dan selain material, orang yang aku sayang pun pernah menghilang. Tentu sahaja kehilangan orang yang tersayang satu cubaan yang sangat besar. Bukan semudah menagisi watak Romeo dalam Romeo dan Juliet. Atak kematian Devdas dalam lagenda Devdas. Tidak. Ia tidak semudah itu.
Nabi Muhammad pernah kehilangan isteri tercinta saat beliau memerlukan sandaran hati buat penguat jiwa. Sela beberapa lama tonggak moral Nabi, Abu Talib yakni pamannya juga ‘hilang’.
Namun Tuhan Allah itu Tuhan Yang Maha Adil. Tidak sama sekali meletakkan beban melebihi had muatan. Dia Tuhan Yang mencipta kita dan Amat Mengetahui dimana titik puncak keupayaan kita. Justeru kita meyakini, tidak ada ujian yang tidak mampu kita lalui.
Namun, berat mata memandang sungguh berat benar mata memikul.
Ilman, jejaka kecil dan comel berusia baru masuk setahun dilaporkan hilang oleh ayahnya. Baru beberapa hari lepas aku menidurkannya di dalam buaian berayun sementara ayahnya menunai solat terawih. Dan baru beberapa hari lepas rasanya aku menimangnya tinggi-tinggi. Masih terasa panas aku tepuk badannya ketika menyusu dari botol.
Zam, sahabatku dan saudaraku yang amat aku kasihi,
Bersabarlah. Jangan sesaat pun engkau berhenti mengharap dari Rahmat dari Tuhan. Selalu pautkan doa pada Allah. Hanya dengan Kurnia dan Kasih Sayangnya anakmu Ilman aka kembali dengan selamat. Insya Allah. Doa kami selalu akan mengiringi naik ke langit.

Ilman di pangkuan, pulang sayang.